Pembelajaran Secara Intreraktif eCikgu (Sains & Matematik)

7 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Saat ini teknologi sangat membantu dalam setiap pergerakan kehidupan manusia. Kemajuan dalam dunia membuat kehidupan semakin mudah dan tanpa jarak. Begitu jua dalam proses pembelajaran yang boleh dilakukan secara atas talian sahaja.

Pada 06 Oktober 2018, Pusat Internet Kampung Chengal telah menjalankan sesi latihan pembelajaran secara interaktif eCikgu menerusi portal ekelas maxis. Untuk sesi kali ini, subjek matapelajaran sains dan matematik telah diajar oleh guru secara live menerusi tontonan video kepada para pelajar. Para pelajar yang terlibat pada sesi ini adalah terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2. Kelas yang dijalankan ini telah dihadiri seramai 14 orang pelajar yang berminat untuk belajar secara atas talian.

Para pelajar dapat belajar secara digital live dan melakukan aktiviti bersama guru tuisyen yang bertugas. Para pelajar didedahkan dengan lebih mendalam berkaitan subjek sains dan matematik. Sesi latihan dan soal jawab berlangsung antara para pelajar dan guru.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas